Bidadari Hujan

Bidadari Hujan

Kasihan itu salah satu cabang cinta!

Tanpa diduga tatkala hujan sedang turun pada suatu pagi, aku terpanah dek kasmaran untuk pertama kali.
Dia Bidadari Hujan yang memayungi aku dengan payung cintanya! Aku terpesona pada kejelitaannya.
“Harap-harap esok pagi hujan lagi!” kataku sambil menghadiahinya senyum.
Matanya memanah hatiku dengan busur arjuna. Lalu hari-hari selepas itu, aku bukannya lagi Raimy Haidar yang dulu.


Hujan mencurah lagi. Diberinya aku sekaki payung.
“Macam mana saya nak pulangkan?”
Langkah dia terhenti. Aku menanti. Perlahan-lahan dia berpusing kembali menghadap aku.
Oh, dia bukannya Bidadari Hujan aku yang dahulu. Tingkahnya penuh pekerti senyumnya penuh erti.
“Simpanlah andai awak rasa mahu menyimpannya. Buanglah andai awak rasa mahu membuangnya.”

Apa jawab hati aku pada saat ini?

Title:Bidadari Hujan
Edition Language:Malay
ISBN:9789675118340
Format Type:

    Bidadari Hujan Reviews

  • Kamaliah

    Aduhai... kenapalah harus disusuri titik permulaan kisah cinta Rain-Lia. Lebih pedih hati ini tatkala perpisahan berlaku dihujungnya.Kerana janji lama, pengorbanan 2 hati harus berlaku tanpa disedari ...

  • Gobokairina

    Kasihan itu salah satu cabang cinta! [Blurb novel]Aku dapat banyak komen daripada rakan-rakan FB bila meletakkan potongan ayat di atas. Ramai yang berpesan jangan bercinta kerana kasihan. Oh! Begitu k...

  • kuzzeen

    25.4.2014Dengan bangganya aku menukarkan rak naskah ini daripada -library- kepada -i owned-.... akhirnya si sengal Rain dalam pelukan :) wink wink8.10.2013Dah lama cari buku ni kat rak2 di kedai buku....

  • Limau Nipis

    Siapakah bidadari hujan itu?Bidadari Hujan sebuah kisah klise. Cerita cinta tidak kesampaian. Cerita kahwin paksa. Cerita suami jatuh cinta dengan isterinya.Tetapi, tetapi..Di dalam bentuk klisenya, k...

  • Wan  Farahana

    Cetakan pertama 2010. Dan cetakan terhenti di situ. Tertanya-tanya saya, saya dapat bukan cetakan lama ke atau memang tak diulang cetak?Buku yang saya kira, memang menyenangkan mata dan hati ketika me...

  • Ummu Auni

    Baca buku ini tengah malam, begini keadaan sayaKasihan itu salah satu cabang cinta!Dia bukannya bidadari hujan impian Raimy, dia berusaha membalut lukanya. Dan dia berusaha untuk membahagiakan orang l...

  • Juliza

    Puas hati - begitulah perasaan hamba sebaik sahaja menyudahkan helaian terakhir Bidadari Hujan yang sebenarnya sudah terperam begitu lama. Entah apa sebabnya hamba sering jeling-jeling saja buku ini d...

  • Sha Mslvoe

    Permulaan yang cukup indah dah membuatkan saya tertanya² apakah kesudahannya. Tengah syiok² malayan novel, terbaca ayat ini ."I'm quiet sure that you will get her". Supposed QUITE bukan QUIET. Quie...

  • Ririn Aziz

    Kagum...Pertama kali (ataupun memang benar kisah ini adalah satu-satunya?) kisah kahwin paksa yang dilakarkan dari sudut pandang seorang lelaki. Kita (pembaca) dibawa menyelusuri rasa seorang Raimy Ha...

  • Cik Pah

    Menariknya cerita ini ditulis oleh seorang perempuan yang membawa watak 'AKU' adalah seorang lelaki. Menyelami jiwa lelaki yang buat pertama kalinya jatuh cinta, oh itu yang dirungsingnya, siapa palin...