Dia Tetap Sempurna

Dia Tetap Sempurna

by

, 2020, 2020-reads

Versi pertama pertemuan mereka. Bagi Dara Nailufar, tiada apa pun yang menarik tentang Eskandar Arasyah. Dengan rambut panjangnya. Dengan gaya selekehnya. Lelaki itu hanyalah seorang tukang kayu berlidah tajam yang menyelamatkannya daripada dikejar kucing. Ya, Dikejar kucing!
Versi kedua pertemuan mereka. Wah, tukang kayu dah diskrub dan di-clorox! Yang muncul di depannya kini umpama putera raja turun dari kayangan. Kacak maut! Dan pesonanya bagaikan memukau semua yang memandang.
Dari sebuah perancangan yang tak disengajakan, mereka kini muncul sebagai pasangan kekasih jadian.

“After all, until the cruise ends, I’m all yours, sunshine.” – ESKANDAR ARASYAH

Ya… Sehingga pelayaran itu tamat! Momen yang terlakar sepanjang pelayaran kapal persiaran mewah itu sangat bermakna bagi Dara. Semakin dia kenal Eskandar, semakin dirasakan lelaki itu misteri. Lelaki itu bukan sekadar tukang kayu. Hakikatnya, Eskandar memang punya segala-galanya. Wanita mahukannya. Lelaki cemburukannya. Di mata kasar semua, hanya satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya: Sempurna. Namun, jauh dalam sudut hati Eskandar, hanya dia yang tahu. Dia tak sempurna. Dan ketidaksempurnaan itu buatkan ada benteng teguh yang memagari hatinya. No access.

“Aku tak sempurna, Dara.” – ESKANDAR ARASYAH
“Nobody is perfect.” – DARA NAILUFAR
“Aku tahu. Tapi untuk satu ketidaksempurnaan, tak semua orang mampu terima.” – ESKANDAR ARASYAH
“But you have everything.” – DARA NAILUFAR

Bagi Dara, tiada sesiapa yang sempurna di dunia ini. Apa pun ketidaksempurnaan Eskandar itu, baginya manusia itu tak perlu menghukum. Namun, bila tiba saatnya dia mengetahui kebenarannya, mampukah Dara berpegang pada kata-katanya itu?

Title:Dia Tetap Sempurna
Edition Language:Malay
ISBN:9789674691608
Format Type:

    Dia Tetap Sempurna Reviews

  • NORASIKIN

    Naskah terkini Anjell. Tak seperti Dr Alpha Male dan Dheo's.. karya kali ini lebih santai dan ringan.. Tak banyak konflik yang berat. Kisah Sunshine dan Orang Kacak. Pertemuan Dara dan Es yang dramati...

  • Tiara Sapphire

    dah lama habis baca lupa nak update..heheoverall, sangat menghiburkan walaupun nampak tema yg ringan tapi banyak pengajaran yg cuba diselitkan oleh penulis.https://tiaarasapphire.blogspot.com/2......

  • Ainaa Akemi

    Tertarik dengan novel ni sebab baca awal-awal rasa menarik dengan sikap tertutup Eskandar.Setiap kali baca novel Anjell akan rasa yang ending terlalu cepat, part Eskandar pendek je sedangkan part Dara...

  • Intan  Musa

    Best! Dara Nailufar dan Eskandar Arasyah. Pertama kali bertemu, Eskandar selamatkan Dara dari harimau kecik. Rupanya selekeh dan berambut panjang. Kali kedua, tukang kayu dah jadi handsome. Kemudian, ...

  • Izz

    Wow! Agak terkejut dengan ketidaksempurnaan Eskandar tu. Rasa macam tercekik je masa baca. Tapi, Dara steady. Fikiran dia matang, bijak, dan tak terburu² buat keputusan. Good Dara! Tapi, kalau sis po...

  • LifeMusic

    Naskhah ringan walaupun lebih 700 m/s. Kepada para pembaca seperti aku yang gemarkan bahan bacaan "stress-free", buku ini sangat digalakkan kepada anda.Aku teringin untuk tahu sudut pandang watak Eska...

  • Kdjxh

    I love it!...

  • Fara Farhan

    4.5*...

  • Claire S.E

    Tak rugi baca novel dari Anjell ni..Sentiasa buat rasa teruja nak baca..Best sangat2....

  • Bluebell

    Best! Plot twist tak disangka....