Sugar? Yes please...

Sugar? Yes please...

Edian. Dia akur atas segala kehendak orang tuanya walaupun jiwanya terseksa. Dia umpama patung bernyawa, yang punya hati namun tak mampu menyatakan tidak. Dia cuba mencintai Haikal walau dirinya kosong tanpa secalit perasaan.

Hingga Nel muncul. Nel adalah lelaki misteri. Sukarnya untuk dia rungkaikan apa yang ada dalam kepala lelaki itu. Nel yang begitu pandai berhujah. Penuh dengan prinsip hidup sendiri. Kerana itu, Edian mula hargai hati dan perasaan sendiri.

“Apa kata saya ponteng hari ni?” - Nel

“Nanti kena buang kerja…” - Edian

“Kena buang kerja tak apa. Jangan sampai kena buang daripada hati awak…” - Nel

Nel manis. Dia yang telah jadi hempedu dalam hidup Nel. Kembali menjadi milik Haikal, bukanlah sesuatu yang mudah namun dia tetap berusaha.

“Saya tak patut dekati awak. Meninggalkan luka di hati lelaki sebaik awak…” - Edian

“Silap tu, Cik El. Saya yang dekati awak. Gamaknya, kejahatan itu masih ada dalam hati saya sebab tu Tuhan tak benarkan saya miliki gadis sebaik awak.” - Nel

Ya. Itu kenyataan. Pandangan mata kasar hanya nampak yang terzahir. Yang disembunyi, tiada siapa tahu. Nel, punya sejarah tersendiri; yang dia tahu, akan menjadi senjata dan menghunus padanya satu hari nanti.

“Ini kali terakhir awak adalah Cik El pada saya. Antara kita, tak ada lagi Nel dan El. Maafkan saya… bukan niat mahu rosakkan saat-saat akhir…” - Nel

“Sementara saya masih dekat sini, boleh saya minta sesuatu?” - Edian

“Saya risau apa yang awak minta tu, tak dapat saya berikan…” - Nel

“Anggap ajelah saya minta hadiah kahwin daripada lelaki yang satu-satunya berjaya tembus ke dalam hati saya…” - Edian

Permintaan Edian nampak ringan. Menunaikan… Cukup berat. Dia mencintai Edian bukan dengan syarat wanita itu menjadi miliknya. Cukuplah Edian bahagia. Kerana keadaan begitu mendesak dan yakin; ini yang telah takdir aturkan, Nel tekad untuk nikahi Zahlia hanya kerana janji yang Edian akan bahagia dengan Haikal. Mereka akan ke jinjang pelamin pada hari yang sama. Sayang, pengantinnya berbeza.

Bahagia itu ada pada hati yang reda. Tapi, memang sifat manusia. Menasihati itu mudah selama tidak terhantuk dahi sendiri. Bagaimana harus mereka telan kepahitan hari ini, demi manisnya hari esok; Sugar? menjadi jawapannya.

Title:Sugar? Yes please...
Edition Language:Malay
ISBN:9789674691271
Format Type:

    Sugar? Yes please... Reviews

  • Sha889

    Sugar? Yes please..... Alahai sesuai dengan tajuknya cerita ni sangatlaaaaa manisssssnyaaa. Rasa nak senyum sampai telinga dengan pick up line dua orang ni.Rasa xleh move on dengan EL n NEL ni 😁.In...

  • Haq Raihah

    Aku tak sangka 2020 ni masih ada lagi cliché conflict such as tangkap khalwat. Too lame!Aku takkan review panjang lebar. Tapi...Tolonglah... Sekali lagi, aku tahu RM suka cipta watak-watak yg main em...

  • Ella

    Saya masih ada 7-8 buah naskah author dalam simpanan yg belum dibuka pun plastiknya. Saya membeli tapi belum cukup kuat untuk membacanya. Secara rawak je ambil buku untuk pembacaan dari rak2 buku. Ter...

  • Ririn Aziz

    Sukarnya nak jumpa bahagia. Halangan datang dari segenap penjuru. Banyak liku yang perlu ditempuh sebelum jumpa jalan keluar. Agak melelahkan juga nak habiskan buku ni. Tapi maaf, kemanisan Nel tak ma...

  • SS

    Ini buku ketiga dari Rehan Makhtar yang ika dah baca. Kalau tgk reviu pembaca lain. Ramai yang suka dgn SYP ni. Main reason kenapa ika pilih utk baca buku ni dulu dari buku yang lain sbb tgk ramai yg ...

  • Watie Shaari

    Ada kemanisan dalam setiap kepahitan. Sugar. Novel ke 2 yang aku baca bulan julai ni. Antara banyak2 novel RM, aku rasa yang ni banyak perkara-perkara sweet yang RM tonjolkan. Tak seperti her previous...

  • Nonie?serenity2bliss

    Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.I wish someone had told me yang cerita ni sedih. Nasib baik tak dehydrated sebab baca time...

  • Ras

    3.5*Walaupun penulis kata kisah S?YP ni santai tetapi saya tetap rasa emosinya berat.Watak kesukaan saya dalam kisah ni ialah Tuan Haji Nik. Terbaiklah Tuan Haji. Sentiasa merendah diri, bersikap posi...

  • Que Razali

    38 - 2019NOVEL : Sugar?PENULIS : Rehan MakhtarBiasanya membaca nukilan RM, emosi pastinya tidak dapat dikawal. Namun, tidak untuk novel Sugar ini. Dari awal pembacaan hati tercuit dengan penceritaan a...

  • Tiara Sapphire

    dalam pahit tu ada manisnya.cinta mereka itu manis tapi banyak betul halangan dan rintangan sebelum nak jumpa penamat....