Raid Arjuna

Raid Arjuna

“Hasil bedah siasat mendapati Tuan Gilbert meninggal kerana kehilangan darah lapan jam selepas ditikam.”

“Aku rasa... Bonda kau dah hilang.”

Longlai dan terduduk Raid Arjuna saat fakta tentang kedua-dua ibu bapanya dibentangkan di depan matanya.

Degil, kerana sikap itu… Hidup Raid Arjuna dihantui rasa bersalah berpanjangan selepas satu insiden terancang telah melibatkan dirinya dan dia menjadi tunjang masalah tersebut. Penculikan. Pembunuhan ayahnya, Tuan Gilbert. Kehilangan bondanya, Engku Marsitah tanpa jejak serta seluruh harta keluarga dirampas, akhirnya seorang Raid Arjuna yang lembik dan tidak pernah kenal apa itu erti susah mencabar diri untuk menuntut keadilan dengan caranya yang tersendiri.

Saat tanggungjawab berat ditimpakan ke pundaknya, Raid berhenti jadi anak manja. Selama 15 tahun, Raid bangkit memperlihatkan sikap tangguh berdepan musuh-musuh keluarganya dalam gelanggang korporat. Bagi kakistokrasi, Raid adalah ancaman kerana melatih kader-kadernya sendiri termasuk Yasmin Qawla Azwar. Hubungan platonic yang terbina atas dasar kemanusiaan.

“Zaman orang berpistol, kau masih ke hulu ke hilir dengan kerambit. Kau perasan kebal macam pendekar jawa Taming Sari, eh?” – Yasmin

“Apa pun Yasmin, jangan terburu-buru, okey? Perkara ni bukan main-main. Siapa pun, dan apa pun gelaran mereka, pokoknya mereka ada di luar sana. Mereka boleh bunuh orang sesuka hati dan tak ada sesiapa berani melakukan apa pun untuk menghentikan mereka.” - Raid

Tapi pengawal peribadinya Noah dan Gambit menyedari sesuatu... Fizikal luaran Raid mungkin kalis pukulan tapi sekeping hati Raid menjadi rapuh hanya kerana Asyanur!
“Syarikat orang pun aku boleh rampas, inikan pula Asyanur yang belum sah jadi isteri kau!” – Raid.

Musuh kembali mahu mencelakakannya dan dia harus melindungi Asyanur daripada terkena tempias. Satu per satu rahsia lebih hitam terkuak.

“Terima kasih Raid Arjuna… Awak betul-betul jaga saya dengan nyawa awak.”- Asyanur

Ini kisah tentang kesaterian putih, pengorbanan melawan kuasa manusia, kecintaan dan kesetiaan serta sejauh mana manusia sanggup berubah melawan pengkhianatan serta kerakusan.

“Anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya!” – Raid

Title:Raid Arjuna
Edition Language:Malay
ISBN:9789672102656
Format Type:

    Raid Arjuna Reviews

  • Gobokairina

    Update: 20/12/2018Adrenaline rush -- rasanya ini paling tepat untuk menggambarkan keseluruhan rasa. Ok, time to move on. Eh! Haha.4.5*Akhirnya 🤩We’re waiting for years!Novel ni membuka kenangan z...

  • Mai

    4 bintang untuk kisah ini dan 1 bintang tambahan buat penulis. Saya tidak jangka kali ini Puan Penulis agak berani melakarkan kisah sebegini "based on true event" tetapi di fiksikan. Sampai saya terpi...

  • Sha889

    Saya tak pandai nak buat review or ulas panjang2 tapi novel ni memang wow! Tanggapan pertama adalah beraninya penulis! Ok kerajaan baru so xde masalah..heheRaid Arjuna...hmmm bukan Asyanur je,kita pun...

  • Ras

    4.7*1. Tahniah kepada penulis atas usaha menggunakan bahasa Melayu penuh dalam Raid Arjuna. Sememangnya saya suka gaya bahasa begini jadi saya tiada masalah untuk menghadamnya.2. Saya suka dengan makl...

  • Nonie?serenity2bliss

    Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.Pada N, the strongest thing about this story adalah watak Raid Arjuna itu sendiri. Perwatakannya sangat me...

  • Haq Raihah

    Pukul 3 pagi semalam, akhirnya jumpa juga perkataan 'tamat'. Fuhhh...Sungguhlah, lega rasanya lepas dah habis baca. Sebabnya Raid Arjuna sebuah novel yang begitu sarat dengan konflik. Tipulah kalau ak...

  • Azizah

    Gagah gigih usung & ulit RA demi semangat GengBonet yang terbias sampai ke pulau. 4.5 star Dan KakChik ulang belek lagi selepas khatam, kira nak hadam semula sesetengah perkataan & peribahasa yang tak...

  • Wan Amalyn

    3 1/2***Naskhah ini boleh dapat 4****, tapi saya tolak 1/2* (saya ada sebab tersendiri...).Sebagaimana naskhah karya Che Rose sebelum-sebelum ini, naskhah ini sebetulnya tak menghampakan saya. .Membac...

  • Eyd1410

    Raid Arjuna merupakan kisah yg sarat dgn info dan ilmu pengetahuan. Secara jujurnya, tiada satu perkataan pon yg saya tinggalkan dlm pembacaan walau byk word yg ditulis agak 'sastera' dan penuh 'kemel...

  • Que Razali

    1-2019Novel : RAID ARJUNAPenulis : Rose HarissaMembuka lembaran tahun baru 2019, dengan memilih novel RA sebagai novel pembuka saya kira memang sesuatu yang memuaskan!!!Raid Arjuna - Lelaki yang asaln...