Wish List

Wish List

by

buku-melayu, , baca2018, 2018, novel-4-bintang

Semua impian akan menjadi kenyataan kalau kita ada kesungguhan...

Safa Auliya mempunyai lima senarai impian yang masih belum direalisasikan. Bagi Safa Auliya, impian perlulah disimpan sebagai rahsia kerana kalau diberitahu pada orang lain, kelak tak akan menjadi kenyataan. Sebab itulah hubungan dia dengan Umair Wajdi hanyalah setakat kawan baik walaupun setelah sepuluh tahun mereka berkawan, kerana Safa Auliya tak mampu untuk beritahu impiannya kepada Umair Wajdi.

Sehinggalah...

“Kak Safa... Abang dah tak ada.”
Umair Wajdi meninggal dunia akibat kemalangan. Hancur luluh hati Safa Auliya apabila impiannya itu... Tidak kesampaian.
Namun, sebagai seorang kawan baik, Umair Wajdi tidak meninggalkan Safa Auliya dengan begitu sahaja. Dia meninggalkan Safa Auliya dengan lima impiannya yang perlu Safa Auliya sempurnakan mengikut turutan. Malangnya, Safa Auliya telah berjanji hanya akan sempurnakannya apabila dia berjumpa dengan seseorang yang serupa dengan Umair Wajdi.

Allah S.W.T akhirnya memakbulkan doanya apabila dia tertukar kopi yang tertulis namanya sebagai ‘Awek Cun’ kepada kopi orang lain yang tertulis ‘Z.A’ kerana sibuk berangan!

"Tak apa... Jangan rasa bersalah. Biar saya jadi Awek Cun hari ni.”-Zahkry Adam

Safa Auliya panik, dia tersilap tapi… Rupa lelaki itu mirip sangat dengan Umar Wajdi. Tersentak emosinya saat itu. Dan di situlah menjadi titik persahabatan mereka. Titik di mana bermulanya Safa Auliya mengajak Zakhry Adam sama-sama menyempurnakan wish list Umar Wajdi.

Apakah yang akan terjadi setelah Safa Auliya mendapat tahu siapa sebenarnya Zahkry Adam? Apakah kaitan Zahkry Adam dengan Zahier Adam? Adakah semua impian Umair Wajdi akan tertunai? Atau dibiarkan menjadi senarai menunggu?

Apa pun alasannya... Impian tak akan jadi kenyataan kalau kita tak ada kesungguhan

Title:Wish List
Edition Language:Malay
ISBN:9789672102465
Format Type:

    Wish List Reviews

  • Ririn Aziz

    3.5 bintangMenarik tapi macam kurang feel sikit.I know it was supposed to be a light reading rom-com, tapi move on dari orang yg dicintai selama 10 tahun dalam tempoh seminggu, I don't know, for me it...

  • Puteri Nurcahaya

    Wish List.this writer ada trend dia dlm setiap novel.1. Slang utara2. Heroin yg ckp x pikir ap and confuse pasal diri sendiri.3. Hero yang sangat penyabar and cool.Conclusion, for me buku santai untuk...

  • heril azwan

    WISHLIST by SyamnuriezmilHarapan Safa Auliya untuk mengubah hubungan sepuluh tahun sebagai kawan baik Umair Wajdi kepada suami isteri berkecai apabila Umair meninggal selepas terlibat dalam kemalangan...

  • Mommy Farah

    Safa Auliya dalam diam mencintai Umair Wajdi dan mengharapkan satu pengakhiran yang indah akan berlaku antara mereka berdua. Namun, impiannya hancur tatkala Umair meninggal di dalam satu kemalangan se...

  • Que Razali

    #31Wish List (Syamnuriezmil)Berkisar mengenai Safa yang dalam diam mencintai Umair dan mengharapkan hubungan mereka sehingga ke gerbang perkahwinan. Namun, sayang... Umair pergi sebelum sempat kata ci...

  • Sha Mohamed

    I really need this.. Cerita dari penulis tak pernah tak best.. Dua hati kalau dah ditakdirkan bersama, tetap akan bersama.. Mula je baca terus sangkut hingga ke perkataan Tamat.. Soal hati memang tak ...

  • mimilideo

    novel penulis yang i pernah baca satu je, Perempuan Paling Bahagia. seingat i cerita tu so so je i rasa. dan i tak berminat pun nak cari novel lain from this author. nasib baik la i tak teruskan minat...

  • Ajoilynn Fadlina

    Wish List#Penulisan2u#novelbest#bukusedapMenjadi surihati Umair Wadji adalah satu dari lima wishlist yang Safa Auliya ingin realisasikan. Tapi impian nan satu inilah yang terpaling payah nak disempurn...

  • Watie Shaari

    dah kalau penulisnye syamnuriezmil memang bestla... mule2 bace 10bab dekat wattpad.. dah jatuh hati ngan novel ni... pastu sentiase tgk ig syamnuriezmil untuk tgk post2 pasal novel ni.. memang dah aim...

  • Fariza Umaira

    Macam biasa, cerita kak syam yang ni pun berlatar tempat di Ipoh & Kedah. Maka, ber'loghat' utara la kita membacanya. Walaupun bunyi macam kasar, tapi senang nak faham. Saya suka je sebab ayat straigh...