I'm Not a Monster

I'm Not a Monster

“I would stand in the shadows of your heart, and tell you I’m not afraid of your dark.” – Andrea Gibson

Dia… Ryu

Seorang Red Dragon. Tidak perlu banyak cakap. Tidak perlu berkata apa-apa. Hanya dengan satu pergerakan, dia boleh mematahkan tulang-temulang sang lawan.

Dia… Maya

Seorang gadis biasa. Itu yang dia fikir selama ini. Satu malam jahanam mengubah segala-galanya. Dia jadi pelarian. Dia jadi manusia yang kematian jiwa.

Takdir. Sesuatu yang paling aneh. Menemukan mereka dalam satu pertemuan yang juga aneh. Lalu, Maya membuat keputusan paling gila.

“Aku mahu tinggal di sini. Di rumah ini.” – Maya
“Kau tahu siapa aku, kan? Dan apa aku boleh buat pada kau?” – Ryu

Bagi Ryu, Maya itu sekadar orang tahanan. Bagi Maya, Ryu itu tempat persembunyian. Dalam ganasnya Ryu, dia tidak pernah menyakiti Maya. Tetapi sampai bila? Mampukah Ryu menghalang diri daripada mencabut nyawa Maya kalau dia tahu siapa wanita itu sebenarnya? Atau dia juga akan buat keputusan paling gila? Melindungi Maya dengan nyawanya sendiri?

“Jangan mati depan aku.” – Ryu
“Kau Ryu aku. Dan aku Maya kau.” – Maya

Keputusan akhirnya diambil. Namun, yang jadi galang gantinya adalah nyawa dan darah!

“Everyone has a monster within.” – Arjuna Kaede

Title:I'm Not a Monster
Edition Language:Malay
ISBN:9789672102526
Format Type:

    I'm Not a Monster Reviews

  • Ras

    4.7*1. Sewaktu di awal pembacaan ketika mana saya mula pening lalat untuk ingat nama-nama kongsi gelap dan memahami hubung kait sesama mereka dalam cerita ni, saya pun bercadang mahu letak tepi dulu d...

  • Sha889

    Kisah Ryu n Maya dan dunia kongsi gelap. Kepakaran Sara Aisya penceritaan yang details dan boleh digambarkan situasi tu dah macam dalam filem. Cuma membaca I'm not a monster ni terasa macam mengulang ...

  • Nonie?serenity2bliss

    Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.Sepanjang pembacaan, I cannot help but teringat balik cerita Young and Dangerous lakonan Cheng E-Kin. Sepe...

  •  Kak Zie

    3.4*Agak pening sedikit dengan kisah kali ini. Terlampau banyak monolog, watak dan nama pangkat dalam geng samseng tu buat aku blur tapi aku gagahkan jugak baca sampai habis.Apapun, garapan penulis be...

  • Mimi Aqila

    Em. Em. Em. Taktau nak ulas camne. Cuma aku rasa macam buku kalini... meleret sikit kot. Feel pun lambat nak sampai jadinya.Anyway aku suka sgt penggunaan kata, huraian action. Boleh bayang lah all th...

  • Siqahiqa

    Akhirnya berjaya juga aku habiskan novel ini yang sekian lama berada di rak buku sejak PBAKL 2018. Hii. Sangat nak baca novel ni sebab Ryu dan Maya. Nak tahu kisah sebenar mereka sejak baca Salju Kyot...

  • W. N. Izzaty

    [BOOK 34]I'm Not A Monster by Sara Aisha..Best! .Macam biasa, aku selalu tertinggal train. Orang lain dah sampai 'Memori Inara', aku baru je sampai 'INAM'. Tapi takpe lah kan, biar lambat asal selamat...

  • Que Razali

    #45I'm Not A Monster (Sara Aisha)Berkisar tentang Ryu dan Maya yang permulaan kisah mereka bermula di dunia penuh kegelapan. Tiada yang bahagia dengan kisah hidup mereka. Dendam. Pembunuhan. Air mata....

  • Eyd1410

    Permulaan cerita yg saya rasa agak lambat perjalanannya. Bermula dengan latar belakang kongsi gelap di Macau dan susur galur ahli di dalamnya. Pertemuan di antara Ryu dan Maya yg membawa Maya masuk ke...

  • NORASIKIN

    Lama juga nak habiskan buku ini.. 3 hari baru habis baca.. Biasanya utk setebal 662 muka surat.. Sehari pun boleh habis baca.. Jalan cerita menarik.. Penuh aksi.. Sebab nak membayangkan aksi berlawan ...