Cik Isteri Dan Encik Suami

Cik Isteri Dan Encik Suami

Dah lama kejar bayang, kini abang datang, sayang.

AKU? Nama aku Cantek Safia. Muda lagi, tapi dah jadi janda. Siapa kata perkahwinan pilihan orang tua akan kekal hingga akhir hayat? Tipu semua tu.

Semua marahkan aku kerana alasan aku bercerai dengan menantu pilihan nenek sangat tidak boleh diterima akal. Hanya kerana dia lelaki sejuk beku dan aku rasa dia suami tanpa perasaan, aku tarik diri dari hidupnya. Hidup seorang Hud Khusairi.

Dua tahun pegang status janda, tiba-tiba bertemu dengan dia semula. Di tempat kerja yang sama dan lebih menyakitkan hati, dia ialah ketua aku sekarang. Entah apa mimpi dia, dia macam cuba berbaik semula dengan aku.

“Esok abang jemput Fia.”

“Tak payah. Fia pergi dengan Kak Nor. Kak Nor sebulan kena kerja kat Shah Alam.”

“Jangan menyusahkan orang, Fia.Abang kan ada.”

“Abang siapa buat Fia?”

“Bukan sesiapa, tapi abang sentiasa ada untuk Fia.”

“Abang dah hilang akal ke?”
Dan akhirnya aku tahu Hud bukan cuba berbaik dengan aku, sebaliknya lain ceritanya. Kak Mona, teman sekerja aku kata, Hud selalu akhir-akhir ini menghimpit makan sekali dengan geng kami waktu tengah hari. Dia dengan yakinnya berkata, Hud nak mengurat Annisa yang cun itu.

Huh! Buat penat aje aku perasan. Dahlah Cik Aida pun duk target lama dah Hud tu. Memang Hud Khusairi digilai di sini dan dianggap duda yang seksi dan hot. Kalau ikut menyampah, aku dah nak letak jawatan, tapi mak paksa aku bertahan pula.

Macam mana aku nak jalani hari-hari dengan menghadap bekas duda aku di tempat kerja? Lagi satu, aku kena rahsiakan hal aku ini janda Hud sebab semua orang ingat bekas isteri Hud tu jahat orangnya. Sakit hati betul!

Title:Cik Isteri Dan Encik Suami
Edition Language:Malay
ISBN:9789674690892
Format Type:

    Cik Isteri Dan Encik Suami Reviews

  • heril azwan

    CIK ISTERI ENCIK SUAMIby AiriszCantek Safia, janda selepas bercerai dengan Hud Khusairi. Takdir menemukan mereka kembali apabila Safia bekerja di bawah Hud. Dan, Hud yang tiba2 berubah menjadi sweet t...

  • Ras

    3.5*1. Airisz merupakan penulis yang saya ikuti bukunya secara konsisten. Nampak saja Airisz keluar buku baru saya tidak akan teragak-agak untuk membelinya. Bagaimana jalan ceritanya tidak menjadi isu...

  • Wan Amalyn

    Bacaan santai yang melekakan! ^_^Judul 'Cik' dan 'Encik' bagaikan sudah sinonim dengan penulis. Dengan gaya bahasa yang santai, plot cerita yang sederhana... karya penulis ini berjaya mengikat saya un...

  • Ogy Yusof

    masih mengekalkan Cik dan Encik pada tajuk novel. kali ini memang sangat menarik topik yang hendak dihuraikan dalam bentuk penceritaan oleh puan penulis Airisz Novelis..janda dan duda. bercerai atas s...

  • Nonie?serenity2bliss

    Announcement before review: N nak jual buku ni for RM10. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.I really cannot shake the feelings that Airisz dan Marissa adalah orang yang sama! Perwatakan Safia sangat...

  • Sha Mohamed

    Cerita cinta antara suami dan isteri yang dah bercerai dan kemudiannya rujuk semula.. Sweet tapi tak adalah tahap potong kaki.. Ada bahagian-bahagian yang memberi teguran untuk mereka-mereka yang dah ...

  • nilam

    My Favourite!...

  • Yuni

    Nasib baik cik isteri mmg cintakan encik suami. Kalau tak, mmg tak belajar dr kesilapan/kebodohan silam. Kamu bercerai dan redha bila keluarga suruh bersatu semula. Just because nenek sakit. Excuse ap...

  • Watie Shaari

    Well... Nama airisz memang popular dgn novel bertajuk 'cik' & 'encik'.. Ini novel ke 5 yang aku bace drpd 6 tajuk yang aku ade.. Satu lagi xdan habis bace.. Masetu mood xmari.. Akan dibace semule.😄...

  • Ella

    3.5*...