Separuh Takdirku Ada Kamu

Separuh Takdirku Ada Kamu

DEEBA DALILA. Kawan-kawan memanggilnya D. Seperti namanya, hidupnya juga ringkas, landai dan harmoni. Walaupun kadang-kadang bosan bila mempunyai boyfriend yang taasubkan perempuan cantik. Ergh.

Sampailah suatu masa, satu insiden berlaku dan semuanya berubah. Bila Dalila tersedar, dia berada dalam waktu lima tahun ke depan. Glup! Semuanya terasa begitu asing apatah lagi bila mengetahui dia sudah mempunyai suami dan seorang anak kurang upaya.

“There are always first time in everything. Termasuklah… Jatuh cinta. Abang akan buat Lila jatuh cinta semula pada abang. Sampai Lila tak reti hidup tanpa abang. Itu janji abang.” – FAYYAD SYAKIR

Bukan itu sahaja, rumah tangganya ini siap dilengkapi dengan pakej watak antagonis. Dan watak itu dipegang oleh Hajah Mariani, ibu mentuanya.

“Kau tahu tak? Dari dulu lagi aku memang tak suka kau jadi menantu aku. Sebab aku tak redalah, kau lahirkan anak cacat macam Faqih tu!” – HAJAH MARIANI

“Eh, mulut hajah ni kan macam mulut pengerusi persatuan mak cik-mak cik bawang, kan? Walaupun Faqih mungkin tak sempurna, tapi saya tetap berbangga jadi ibu dia.” – DEEBA DALILA

Walaupun dicerca dek mentua, si suami tak pernah berganjak dari sisi. Pelbagai perkara mereka lalui bersama. Sampai jiwa yang kering tanpa cinta, melimpah-ruah dengan kasih sayang. Namun saat hatinya sudah benar-benar cinta, takdir sekali lagi menguji mereka. Dalila tersedar dan menyedari bahawa segala yang berlaku hanya satu mimpi! Sehinggalah suatu hari, takdir benar-benar menemukan mereka semula.

“Abang… Akhirnya Lila jumpa abang.” – DEEBA DALILA

“Sorry, cik salah orang kut. Saya tak kenal pun cik.” – FAYYAD SYAKIR

“Ni Lila… Masa depan abang. Lila ni separuh takdir abang.” – DEEBA DALILA

“Cik ni tukang tilik ke? Tak baik, cik. Dosa tu. Jatuh syirik!” – FAYYAD SYAKIR

Mampukah Dalila meyakinkan Fayyad bahawa mereka memang ditakdirkan untuk bersama sekali gus menepis kebencian Hajah Mariani? Sebuah takdir ada ceritanya sendiri dan setiap pilihan ada kesannya. Jika cerita cinta mereka hanya satu mimpi, mampukah Dalila menjadikannya satu realiti?

Title:Separuh Takdirku Ada Kamu
Edition Language:Malay
ISBN:9789672102342
Format Type:

    Separuh Takdirku Ada Kamu Reviews

  • Nonie?serenity2bliss

    Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh PMSangka N cerita ni cerita yang complicated kerana watak utamanya yang seolah-olah merentasi masa. But lucki...

  • Ella

    3.5*Tak banyak yg saya boleh katakan pasal novel ni cuma banyaknya dugaan yg harus di harungi Fayyad dan Dalila untuk bahagia. Dia mmg seorang kawan, suami, bapa dan anak yg baik. Whatever he did to A...

  • Wan  Farahana

    Amaran:Kalau anda seperti saya suka membaca secara langkau-langkau, buku ni tak di rekomen untuk anda :)Pendek kata, kena baca dari muka surat 1 ke muka surat akhir untuk faham keseluruhan cerita.Well...

  • Maslina Omar

    Lanjutan kisah ttg watak Fayyad Syakir dalam naskah Tiada Arah Jodoh Kita.Jujurnya, saya rasa kalau boleh kisah ini jangan ada penamatnya sbb bg saya penulis ini mmg bijak menulis metafora2, tazkirah2...

  • heril azwan

    SEPARUH TAKDIRKU ADA KAMUby Ezzy Mysara~sempat la abiskan mase tunggu plumber smp.. katenye kul 2 pulak.. xde memang cancel je la.. huhuDeeba Dalila, terlibat dalam satu kemalangan dan apabila sedar, ...

  • Aezra

    Terbaik!Tak sangka penulis akan kembangkan watak Fayyad daripada Tiada Arah Jodoh Kita dan dijadikan satu cerita yang baru. Penulis bijak menganyam storyline novel ini menjadikan cerita ini sedikit ke...

  • azila syarudin

    AMAZING!itulah perasaan waktu tutup buku ni. bila KS bukak pre-order, terus order walaupun terpaksa beli kombo. nak cepat punya pasal.ini cerita pasal Fayyad Syakir watak dalam Tiada Arah Jodoh Kita. ...

  • W. N. Izzaty

    [BOOK 22]Separuh Takdirku Ada Kamu by Ezza Mysara..Best giler! I'm glad to read this book at the right time. Sebelum ni, setiap kali nak baca buku ni, aku akan terfikir yang, kalau baca tak kena masa,...

  • Izzati Aisyah

    Better late than never. Dan aku rasa ini saat yang paling tepat aku baca novel ni. Ayat2 yang puitis dan kisah2 pada zaman Rasulullah dulu menjadi ikhtibar dalam menghadapi ujian hidup.Betapa kuatnya ...

  • nurazirahvu

    4.5Sekiranya anda ingin cerita yang sweet overdose anda mungkin tersalah pilih buku, tetapi sekiranya anda ingin membaca ilmu tentang kehidupan, kesabaran, kesyukuran well you have the right book.Wala...