Mamat Tisu

Mamat Tisu

by

malay-novel,

Insiden Nasuha yang selesema hingga meninggalkan kesan kotoran dinseluar Zahid merupakan memori hitamdalam konteks hidup Nasuha.

"Setiap kali I jumpa you mesti ada tisu. You ni tuake tisu ke macam mana?" - Nurul Nasuha
"Habis tu apa beza I dengan you. Setiap kali I jumpa you, you asyik buat cendol. You tauke cendol ke?" - Ahmad Zahid

Sah Nasuha tak akan makan cendol setahun selepas ini. Memang selesema dengan Nasuha bagai tak mampu dipisahkan. Namun, pertemuan mereka tidak berakhir di situ sahaja.

"You buat apa kat sini?" Kalut Nasuha lontar soalan.
"You tu buat apa dalam tandas lelaki ni?" Soal Zahid kembali.
"Hah? Tandas lelaki?" Mata Nasuha terus buat kerja.
"You dah tukar jantina ke macam mana?" Sakat Zahid

Mengenali Zahid mmebuat hati Nasuha dijentik rasa. Nasuha mula tertanya-tanya sendiri kedudukan Zahid dalam hatinya? Tapi mana mungkin mereka bersatu kerana Zahid sudah mempunyai Zandra Hamdan. Sanggupkah dia bergelar perampas?

"Suha...love is the best feeling and the worst. So, choose your battle wisely." - Ahmad Zahid

Pada saat Nasuha telah merelakan kebahagiaan Zahid bersama Zandra, matanya menjadi saksi kecurangan Zandra. Mampukah dia untuk tinggal diam?

Hidup adalah soal keberaniaan untuk menghadapi tanda tanya. Dan satu rahsia yang tersingkap telah merungkai segalanya. Mampukah Nasuha terima rahsia Mamat Tisu itu?

Title:Mamat Tisu
Edition Language:Malay
ISBN:9789672137054
Format Type:

    Mamat Tisu Reviews

  • Nonie?serenity2bliss

    Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)Bila mula-mula N baca title novel ni, N rasa geli-geleman, 'Apasal lar tak bijak sungguh nama buku n...

  • Ella

    Awal cerita buat saya tersengih sendirian dengan analogi Suha tentang lelaki Warga emas hingga suasa dan 'snack plate' dan 'dinner plate'. Dan ada part quite deep juga tentang pilihan."Di akhirat nant...

  • Ogy Yusof

    biasanya karya penulis cantik Nur Ezzah Maisarah Mokhtar ni tebal, kan? sesekali santai macam ni best pulak dari awal sampai akhir. dok senyum dan gelak sorang-sorang baca. part dialog lawak banyak se...

  • Ayuhashim

    biasa biasa jer.. nothing spesial for me..not limited edition material......

  • Nor Afizah

    Assalamualaikum,hai selamat bercuti hujung minggu,meh nak review novel mamat tisu cik ezza kita­čĄôM- Menjadi kebiasaanya penulis utk menjadikan solat tahajud adalah perkara lazim y dilakukan watak ut...

  • Wanshazat

    PBAKL 2018 - 2nd booknipis sangat utk limited edition dan ceritanya mcm biasa2 je. saya kecewa jugak kerana Ezza is among my favourite author. rasanya plot ni boleh dikembangkan lagi. keseluruhannya, ...

  • azila syarudin

    simple and nice! tapi suka sebab rasa realistik. sebab story ni dah ditulis tahun 2015 so not fair kalau nak dibandingkan dengan karya2 writer yang baru. kurang satu bintang sebab nipis. kasi tebal si...

  • Ubi

    Novel IK kalau tak kena curah gula mmg x sah....