Mr. Grey

Mr. Grey

Setia itu mahal yang tak mampu dipertahankan oleh orang murahan.

“Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim...”

“Saya...”

“Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai...”

“Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.”

Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi.

“Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko.” - NISA

“Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan.” – MR. GREY

Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.

Saat diulit bahagia...

Mr. Grey membuat pilihan untuk menghilangkan diri. Dia memutuskan untuk kembali kepada Datin Musalma.

“Abang nak minta maaf. It’s not you, it’s me.” – MR. GREY

Apakah pilihan Nisa? Membuat keputusan untuk terus setia kepada Mr. Grey yang tegar meninggalkannya? Atau membuat keputusan untuk memilih Ilham Arsyad?

“Nisa maafkan abang tak sebab mencintai Nisa dan tak boleh lupakan Nisa?” - ILHAM

“Buat apalah nak maafkan abang. Bak kata abang, Nisa tak ada hak untuk halang abang sukakan Nisa.” – NISA

Ya, hidup itu memang kelabu. Tapi, kita selalu ada pilihan...

Title:Mr. Grey
Edition Language:Malay
ISBN:9789674690502
Format Type:

    Mr. Grey Reviews

  • heril azwan

    Kisah cinta Nisa dan Mr Grey memang penuh cabaran! berliku2!permulaan cerita, saya akui memang teruja dengan olahan santai penulis dan plot yang pantas bergerak. namun, lama kelamaan terasa semakin ha...

  • Yuni

    1. Tema novel ini adalah kelabu. So semuanya berasaskan kelabu. Tetapi pabila terlalu banyak penggunaan kelabu di situ, akhirnya ada dua kemungkinan; pembaca suka atau pembaca bosan. Dan ditakdirkan Y...

  • Afifah.

    Terhibur. Berapa kali gelak. Tapi sedikit bosan kerana meleret-leret di pertengahan cerita....

  • Jessy

    Akhirnya selesai juga baca buku ni sebab tebalnya ya ampun sampai 941 pages. Bila buku tebal, saya rasa kualiti buku sedikit sebanyak akan terjejas sebab banyak dialog merapu yang keluar untuk memanja...

  • Que Razali

    [51-2020]#MrGrey #Syamnuriezmil #StayAtHomeBaru berpeluang membaca naskah ini walaupun telah diadaptasi lama. Macam biasa, Syamnuriezmil dan genre romantik komedi bagi saya memang tak dapat dipisahkan...

  • Ogy Yusof

    nisa ardina ke kuala lumpur dengan satu tujuan murni, mencari pekerjaan dan seterusnya mahu menyambung pelajaran. tinggal bersama jannah, sepupu merangkap sahabat baiknya dari kecil. yang tak berapa b...

  • Azwa Azli

    First time bc buku syamnuriezmil n ak rs lamanya nk abes buku ni.bg ak ctenya agk slow bbanding buku syamnuriezmil sblm ni. Msh mngekalkan unsur komedi romantik (akk syam mmg terer buat lawak😆) -ni...

  • Annakarenina

    PBAKL2017 #44 4.5*Macam biasalah karya2 kak syam tak pernah mengecewakan (kecuali STC mmg tak ngam langsung dengan jiwa sy). Kali ni tebai nak mampuih buku MG ni. Seronok baca pasal kak syam mmg pa...

  • Izzati Aisyah

    Finally, tamat jugak penggembaraan kisah Mr. Grey & Nisa. Karya Syamnuriezmil mmg tak pernah mengecewakan. Kali ni memang kak syam all out kasi tebal lebih dari IUD nampaknya. Suka dengan jalan cerita...

  • Farawayyy

    Mr.Grey ni saya ambil masa 2 hari nak habiskan. Saya tak nak baca terburu-buru sebab nk fefeeling lebih. Cewahh!Dalam Mr.Grey macam-macam perasaan ada. Cukuplah ketawa, meleleh air mata, terkejutnya a...