Pengantin Tangkap Muat

Pengantin Tangkap Muat

Hana Humairah dan Umar Rayyan disatukan di dalam sebuah perkahwinan dek kerana sebuah rancangan. Dengan berbekalkan sebuah janji untuk menjaga dan membahagiakan Hana, Umar melamar wanita itu.

Hana yang pemalu apabila berhadapan dengan Umar Rayyan, kini telah berubah tiga ratus enam puluh darjah selepas berkahwin. Hana terpaksa menukar strategi demi memikat hati encik suami yang kejung di dalam soal hati dan perasaan. Pelbagai strategi diatur demi untuk mencairkan hati keras Umar.

​“ Saya tak cukup anggun dan menawan ker untuk buatkan awak jatuh cinta dengan saya? ” – HANA HUMAIRAH

​“ Mood romantik? Aku... mood romantik? Dalam mimpi kau jer lah! ” – UMAR RAYYAN

​Umar Rayyan yang kejung tidak lah seperti gelaran yang diberi. Perasaan sayang dan cinta pada Hana tetap terusik di dalam hati. Hana adalah segala-galanya bagi dia. Kegembiraan dan juga kebahagiaan Hana ada keutamaan padanya. Cuma... bayangan kisah silam membuatkan bibirnya sukar untuk berkerjasama dan berterus terang pada Hana.

​Kemesraan Sara dan Umar membuatkan Hana tidak senang duduk. Dia mula menagih sahutan sayang dari Umar. Kekuatan dia mula goyah apabila Umar sepi tanpa sahutan sayang darinya. Hana tekad untuk berjauhan seketika demi hubungan mereka berdua. Umar penasaran! Dan, sebuah rahsia tersingkap!
​Masih ada lagikah peluang untuk mereka berdua bersama-sama mengecapi kebahagiaan apabila rahsia tersebut diketahui? Adakah Umar akan menyambut kata sayang dari Hana? Adakah Hana akan kembali semula ke pangkuan Umar? Adakah Umar akan hanya setia pada Hana? Pengantin Tangkap Muat... bukan sekadar janji mampu dilafazkan. Tetapi, kesetiaan tetap menjadi tagihan.

Title:Pengantin Tangkap Muat
Edition Language:Malay
ISBN:9789674062408
Format Type:

    Pengantin Tangkap Muat Reviews

  • Jessy

    Nothing interesting. Biasa-biasa sahaja baik dari segi jalan cerita, olahan mahupun watak-watak yang diketengahkan. Saya letak 3* kalau bukan kerana ada beberapa perkataan dan dialog yang kurang menye...

  • AK

    Despite pengulangan ayat ‘miang!, isteri awak jugak & CPR’ dan bnyk penggunaan English yg salah, I enjoyed the book! Probably bcs perangai heroin yg gila2 tu. Gatal mmg gatal, kekadang menyampah j...

  • Ella

    Baca review Mas. Teruja dan tak rugi beli novel ni. Especially after her last two novel which I deemed as quite dreary. Saya lebih suka novel ni berbanding novelnya yg lain. Tak sarat dengan emosi tap...

  • Ynah Smdg

    cerita memang sesuai dgn tajuk. memang totally pengantin tangkap muat. bukan kawin paksa..bukan kawin eksperimen.. so bila pengantin perempuan di tangkap muat.. c lelaki ni jenis entah apa. c isteri d...

  • Intan  Musa

    Ketawa saya bila baca waktu Umar Rayyan pertama kali bertemu dengan Hana Humaira. Huru-hara dan kecoh semua jadinya! Umar adalah seorang yang tampan dan sado. Tapi bila berhadapan dengan Hana, dia jad...

  • Ogy Yusof

    laaa... tipah sang tertipu.. selepas semuanya, ternyata ia hanya sandiwara belaka? grrr... nasib baiklah penyampaian puan penulis Dhiyana sangat mengujakan pemandangan mata atas bait-bait ayat dan sul...

  • Que Razali

    #171. Okey, cerita ni bagi saya dalam genre cinta romantik + komedi sikit. Tapi... sangat2 DILARANG untuk pembaca bawah 18 TAHUN. Tak sesuai. Syukur... saya dah 21. Eh?2. Cuma tak berkenan dengan wata...

  • Maslina Omar

    Kisah yg sgt santai & selamba. Penulis kali ini memaparkan heroin yg agak daring. Tapi dalam daring2 pun, bila tersahut cabarannya, dia yg kejung sendiri.Tipikal lelaki mahukan pasangan mengerti peras...

  • Wan Azida

    Hana sudah lama mengenali Umar tanpa Umar ketahui lantaran dia adalah jejaka yang sudah lama bertakhta di dalam hati. Siapa sangka mereka berjodoh jua sebab insiden yang melibatkan adik Umar. Keserasi...

  • Jumay

    sebuah lagi kisah santai dan ringan tetapi manis dan romantis......namun di seblk kisah itu, ada sesuatu yg ingin disampaikan oleh penulis.....tentang sebuah kejujuran.....kasih sayang, cinta bkn seka...