Rindu Awak Separuh Nyawa

Rindu Awak Separuh Nyawa

by

, novel-melayu, pub-sr, wadah16, 2016, malay-s-novel, romantic, Novels, Love, Romance

“Kasih Maisara!!!”

Kemarahan papanya tidak diendahkan. Sikap angkuh dan sombong begitu menebal dalam diri. Ditambah pula dia menyalahkan papanya atas kematian arwah mamanya.

Pertemuan tanpa di duga dengan lelaki bernama Nazril Nazim membuka tirai baru dalam hidupnya. Maisara bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!

“Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!”

Bagai nak meletup jantung Maisara mendengarnya!

“Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!”

Manusia itu tak sempurna pasti ada salah dan silapnya. Begitu juga Maisara, ketulusan cinta Nazril Nazim menyinar keinsafan dalam dirinya. Namun di kala kasih berputik, cinta bersemi, Nazril pergi begitu saja.

Maisara akur kesilapannya tapi kenapa tiada ruang kemaafan buatnya? Hati Nazril beku! Maisara memujuk! Maisara merayu! Sekelumit pun tidak terkesan di hatinya!

“Mulai hari ini, awak tutup pintu hati awak serapat-rapat untuk saya sebab Nazril Nazim tak akan terima awak sampai awak mati!”

Ya Allah! Begitu bisa setiap patah katanya.

“Awak jangan risau, saya tak akan kembali semula dalam hidup awak. Kalau ditakdirkan saya mati, saya akan bawa kata-kata awak sampai ke liang lahad! Cuma jika awak ada sedikit ehsan, buat terakhir kali imamkan jenazah saya. Bawa jenazah saya ke kubur, kebumikan saya dan kata Kasih Maisara saya dah buktikan saya tak akan terima awak sampai awak mati!” Jelas kelukaannya.

Kini, Kasih Maisara telah pergi. Keluar air mata darah sekali pun dah tak berguna lagi!

“Maafkan abang sayang, maafkan abang. Hati abang tak pernah mati buat sayang. Saralah nafas, nyawa dan bidadari syurga abang.”
Dalam hati dihimpit kekesalan, Nazril mendongak ke langit memandang bintang yang bertaburan.
“Kasih Maisara, rindu awak separuh nyawa,” bisiknya dengan deraian air mata.

Title:Rindu Awak Separuh Nyawa
Edition Language:Malay
ISBN:9789675822490
Format Type:

    Rindu Awak Separuh Nyawa Reviews

  • Yuni

    1. Yuni, why??? Kenapa pilih buku air mata untuk memulakan kembali musim membaca selepas peak period berlalu pergi?2. Ada lagi yek jual baju zaman sekarang yang RM10? Okay, maybe bundle. Tapi sekarang...

  • Haq Raihah

    dah berbulan-bulan pending novel ni. dan akhirnya berjaya juga aku menamatkan novel RASN yang tebalnya 1225m/s dalam masa 10 hari.masih aku ingat pada tahun lepas saat tangan aku mencapai novel ini da...

  • Hasmidah

    Rindu awak separuh nyawa mengingatkan saya kepada 7 hari mencintaiku. ...

  • Ashy Khaira

    Kasih Maisara blames her father for her mother's death,not knowing the truth that her parents hid from her so that she would never know just how bad their financial situation had become.How from rich ...

  • Aezra

    Novel kedua daripada SR yang saya baca. Penceritaan yang penuh emosi. Meresap ke dalam jiwa dan hanyut dibawa ke alam rumah tangga Kasih Maisara dan Nazril Nazim. Naskhah ini sarat dengan pengajaran. ...

  • Ogy Yusof

    buku puan penulis Siti Rosmizah Semail mana ada yang nipis. Semuanya tahap tebal membenjolkan dahi, tahap membengkakkan jari kaki kalau jatuh terhempuk.. Sama jugak tebalnya setiap emosi yang membantu...

  • Nadia Mawie

    So emotional thatvi can cry and laugh at the same time...ni First time baca sbb xsempat nk tgk kt Astro...to me...BEST...

  • Nur Suryani

    Because i love so much...

  • Que Razali

    59Karya ke9 Siti Rosmizah. Untuk karya kali ini, walaupun trademark SR masih sama jahat-baik, baik-jahat... tapi perjalanan ceritanya saya suka mungkin kerana ada iras-iras sikit dengan 7 Hari Mencint...

  • Lea Azleeya

    Rindu Awak Separuh Nyawa.. Seperti karya Siti Rosmizah yang terdahulu, kisah cinta, kasih sayang kecewa, sedih diterapkan dalam novel ni.. Emosi sedih pasti ada yang membuatkan kita menitiskan air mat...