Kerana Dia Manusia Biasa

Kerana Dia Manusia Biasa

by

, koleksi-kawan2, baca2020, malay-novel, ayden, Novels

Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. Tengku Shamil Zaquan. Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.

“Abang minta maaf. Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu aje. Hati abang sakit. Abang kena balas

Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.

“Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi, paling kesian akulah. Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni. Kau dengan anak kau sama aje.” – Tengku Shamil

“Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia, Alia itu anak halal. Saya tak pernah buat kerja terkutuk Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka.

Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.

“Kau jangan risaulah,aku tak akan sentuh kau sebab nak pegang kau pun aku dah geli tau. Aku benci dengan keturunan pembunuh macam kau.” – Tengku Shamil.

Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya.

Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.

“Penipu. Kau tahu tak kau penipu? Aku dah jadi bodoh sebab percayakan kau. Ini yang kau balas kat aku. Aku punyalah sayang kau, tapi kau senang-senang curang depan aku. Kau ni perempuan jenis apa?!” – Tengku Shamil

“Habis abang nak Aira buat apa? Sujud kat kaki abang, macam tu?” – Nurin Aira

Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir semula?

Title:Kerana Dia Manusia Biasa
Edition Language:Malay
ISBN:9789670567808
Format Type:

    Kerana Dia Manusia Biasa Reviews

  • Mai

    2.5 BintangPhewwww ...... habis jua akhirnyaMula2 rasa kisah ni agak drama tapi tak lah dramatik sgt tapi di hujung2 tu wow sgt drama dan tekaan saya salah.Nurin Aira terpaksa menjaga anak kakak angka...

  • Que Razali

    [118-2020]#KeranaDiaManusiaBiasa #WanNurNajihahBolehlah buat isi masa lapang. Plot penceritaannya klise. Cuma kisah Alia yang ada 'twist'nya membuatkan cerita ini agak menarik pada saat cerita mengham...

  • Nonie?serenity2bliss

    Announcement before review: N nak jual buku ni for RM19. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)Maaf, tidak menepati citarasa N. Pada N, cerita ni sangat sloooooooowwww. Mostly N baca setakat skim...

  • Maryam Siddiqah

    mcm mana nak read? please someone guide me :')...

  • W.Sya

    Kisah kahwin tanpa cinta, kawin selepas nikah atau seumpamanya memang menjadi pilihan penulis novel, tapi bagi aku cara pengolahan yang baik yang akan memberi impak pada sesebuah novel...Kisah si gadi...

  • Rahimah Mansor

    ada yang tak logik bila part anak hilang. kata kaya tapi kenapa tak iklankan di surat khabar. part lain o.k. masih boleh dihadam....

  • Nur Liyana

    Memuaskan...

  • Nazrul Syaif

    Jalan cerita yang menarik.saya recommended to my office friends. ...

  • Mia

    cerita yang rmantik dan drama...

  • Qausar Anis

    Story...