Tundukkan Playboy Itu

Tundukkan Playboy Itu

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.

“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?

Title:Tundukkan Playboy Itu
Edition Language:Malay
ISBN:9789670246970
Format Type:

    Tundukkan Playboy Itu Reviews

  • Dyh Usen

    Cerita yang menarik. Koflik tak berat. Hero best. Heroin, alahai macam nak cepuk-cepuk ja awak ni. Hahahaha. Geram tau kat awak sebab buat hero macam tu. 2nd lead syndrome ni payah juga nak hilang. ah...

  • Mai

    Antara Suka dan tidak.Yang saya suka, bila mana penulis menyelitkan unsur-unsur teguran peringatan jadi kisah ini tidak lah kosong.Tajuk Playboy...memang kenalah dgn sikap Harraz Naufal itu. Rasa dah ...

  • Ras

    Jalan cerita yang biasa tapi masih menarik. Bahagian yang saya suka ialah isu-isu yang diketengahkan dalam naskah ini iaitu ‘aurat’ dan ‘bukan mahram’. Jadi membaca buku ini tidak akan sia-sia...

  • Ririn Aziz

    3.85 bintang1. Cari buku sendiri tak jumpa-jumpa. Nasib baik available kat pnm.2. Beli buku ni niatnya nak baca sebelum keluar drama, tapi dah bertahun2 drama habis baru rasa nak baca 🤭🤭.3. Tak ...

  • Wan Amalyn

    2 1/2**Ok boleh baca.Apa yang saya sukaTak ada watak antagonis yang melampau yang boleh membuatkan saya stress (FYI - saya baca novel untuk hilangkan stress bukan tambahkan lagi stress ok?! ;) )Suka k...

  • Faradina Azlin Azahar

    Antara ketiga-tiga karya Anjell, i lurve this most!! Cukup rencah dan rasa... Cukup suka bila hati mula rasa sayang, segala kekurangan kelihatan seperti tiada. Amazed on the way taufiq & hidayah take ...

  • Nonie?serenity2bliss

    Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)Di awal cerita, N akui N susah nak suka narative Tundukkan Playboy Itu. I was confused; tak pasti na...

  • Nisa

    Maaf, cakap mulanya daku taknak beli sebab tajuknya..tapi daku beli juga sebab penulis...heee dan suka sangat dengan cara penyampaian yang santai dan bersahaja...memang tidak dinafikan sama seperti no...

  • Harnani Husin

    Kisah yang menarik antara Nurin Aressa dan Harraz Naufal playboy seantero dunia hahaha. Boleh la gelarkan Harraz macam ni.Harraz Naufal playboy seantero dunia yang entah apa-apa punya perangai. Mentan...

  • nilam

    Sgt2 best..teruja bila baca..dari awal hingga akhir...bessttt..rasanya..si Nurin ni x buat2 apa2 rancangan pun nk tundukkan Harraz..tp Harraz yg tertunduk dgn sendirinya..kan2..haha..hebat Nurin..semu...