Bukan Cinta Secondhand

Bukan Cinta Secondhand

“Aku tak suka kau! Dah sepuluh kali aku ulang ayat yang sama. Apa kau tak faham bahasa ke? herdik Amril.

“Even if you tease me by saying this is foolish, I can't turn this heart around… Yang pasti, aku akan tetap tunggu kau sukakan aku! Eh, bukan… aku akan buat kau sukakan aku!” tekad Naira.

Kemalangan hati paling dahsyat ialah bila kita terlanggar hati seseorang yang tak sukakan kita. Silap hari bulan, organ yang satu itu boleh masuk Unit Rawatan Rapi! Itulah yang terjadi dalam hidup Naira.

NAIRA ILYANI - Dia mengejar Amril setelah terpikat pada keperibadiannya. Bukan harta, ataupun rupa. Suara yang mengimamkan jemaah itu membulatkan tekad Naira untuk menjadikan Amril sebagai imamnya.

MUHAMMAD AMRIL - Cinta terhalang membuatkan jiwanya mati. Sayangnya pada Dewi Aleeya tidak pernah berbelah bagi. Namun kerana peristiwa itu, mereka terpisah sedangkan dalam hatinya hanya ada Dewi.

Demi merebut cinta, Naira sanggup lakukan kerja gila.

“Aku dah tak nampak jalan nak patah balik…. Aku nak tahu siapa Dewi. Aku nak jumpa dia. Aku nak kenal dia… aku nak ambil Amril dari dia.” NAIRA ILYANI

Mengenali baiknya hati Dewi membuatkan hidupnya berubah. Malah, Naira sanggup menentang satu dunia untuk mempertahankan hubungan Amril dan Dewi. Namun, pemergian Dewi Aleeya secara tiba-tiba dan kehadiran Dewi Ilyani merubah segalanya.

Di saat Aril dan Naira masih mencari letak duduk hubungan mereka, Qiuzi hadir menghulur kasih kepada Naira. Dia lelaki biasa yang sempurna. Namun, mampukah Qiuzi menggantikan cinta di hati Naira?

“Bila awak tolak saya, awak akan rasa lebih sakit sebab… awak pernah rasa apa yang saya bakal rasa itu. Sakit, kan? Dan saya pasti yang… awak tak mahu kongsi rasa sakit tu dengan sesiapa pun.” AHMAD QIUZI

Benarkah harga cinta secondhand itu tidak setanding dengan nilai cinta pertama? Siapakah pemilik hati Naira yang sebenarnya?

Title:Bukan Cinta Secondhand
ISBN:9789670185613
Format Type:

    Bukan Cinta Secondhand Reviews

  • Ras

    Fuh, panjang kisahnya Naira & Amril. Kisah yang macam cuaca. Sekejap hujan renyai-renyai, ribut, hujan lebat, cerah, hujan lagi, cerah balik. Jujurnya saya hanya suka watak Amril di penghujung cerita....

  • W. N. Izzaty

    [BOOK 51]Bukan Cinta Secondhand by Ezza Mysara..Kalau baca buku EM, tak nangis tu memang tak sah. EM ialah antara penulis yang tak lokek berkongsi ilmu. Boleh dikatakan setiap page tu, ada ayat-ayat s...

  • Afifah.

    7hb baca Benci Amat, Sayang Sangat sampai pukul 4 pagi.Esok hari, yakni 8hb, celik mata terus keluar ke kedai buku.Cari novel ini, Bukan Cinta Secondhand.Pun menarik hati untuk terus baca tanpa henti....

  • Ogy Yusof

    akak mungkin antara yang beruntung memiliki novel ini. sebuah novel terbitan 2014 karya Ezza Mysara ini sangat sarat dengan ayat-ayat yang sangat sedap untuk dihayati. nasihat secara tidak langsung pa...

  • Anne

    Wooowww... Memang Terbaik u all!!!1st Memang 2/3 nak beli & baca, but then after start reading I get excited ... Page after page Memang Susah nak let go. Kalau dpt Memang on that day nak habis terus b...

  • Aina Shukri

    #10-2016Antara novel yg tidak kosong isinya....

  • Ella

    Rate 4.5 for this. Bulan Ramadhan ni mengantuk agaknya sampai terbeli dua buku yg sama at different timing different places..bengang juga. Apa pun I would say money well spent. Buku ni betul2 boleh na...

  • Peah

    Peah baca buku ni sampai tidur lewat.menguap2 keesokkan harinya di tempat kerja.Mula-mula nak bagi bintang tinggi sikit, tapi sebab Peah rasa watak lelaki utama memang perlu diketuk some senses into h...

  • Faradina Azlin Azahar

    ngeeeeee.... ohsem!!!...

  • azila syarudin

    macam naik roller coaster baca cerita ni. kedegilan nairakegarangan amrilkelembutan dewikegentleman Qiuzinaskah yang serba lengkap dan diolah dengan sempurna. (cuma agak terganggu dengan typing error....