Benci Amat, Sayang Sangat!

Benci Amat, Sayang Sangat!

Hidup Amna Safiya berubah tatkala seorang lelaki yang membantunya ketika keretanya rosak di tepi jalan tiba-tiba menghantar rombongan meminang dirinya di tempat kerja. Erk? Di pejabat, okey! Apa, dia ingat bos boleh jadi wali ke?

“Kenapa awak masuk meminang saya di ofis? Apa, awak dah terdesak sangat nak berbini ke atau saya ni terlalu cun hingga menarik perhatian awak?”- AMNA SAFIYA

“Saya masuk meminang awak sebab saya kesian... Dalam hati saya terfikir... Siapalah yang nakkan perempuan yang pemarah, selekeh dan tak cantik macam awak ni?” - REDZA KHUSYAIRI.

Dalam pada masa yang sama, seorang jejaka turut memuja Amna dalam diam. Dia yang trauma kerana pernah ditolak dulu berharap agar Amna akan memahami lenggok bahasa jiwanya.

“Pernah tak awak terfikir, apa yang saya lakukan itu cinta? Pernah tak awak sedari, setiap bicara saya itu bernada rindu?”- AMIRUL AHFAN.

Kisah hidup Amna semakin kronik apabila munculnya Dayang, bekas tunang Redza bersama satu konspirasi.

“Redza paling benci kalau perempuan tu tak sopan. Tak senonoh! Jadi kau kena berlakon menjadi perempuan tak senonoh di hadapan Redza untuk membuatkan Redza bencikan kau... Lepas tu Redza akan kembali ke pangkuan aku!” - DAYANG

Bermula dari itu, bermacam-macam strategi yang Amna jalankan untuk membuatkan Redza mengalah mendapatkan dirinya dan dalam masa yang sama, dia cuba mengumpan hati Amirul Ahfan. Tapi lain yang dirancang, lain yang jadi. Mengada-ada Si Redza makin menjadi-jadi!

Sampai satu tahap, perasaan Redza sendiri gawat, hati dah mula sarat. Jiwa pula berkarat menghadap kerenah Amna. Tapi dia tidak boleh mengaku kalah.

“Bila awak nak putus asa?” - AMNA SAFIYA.

“Nama awak dah jadi nada dalam denyut nadi saya... Lagipun cinta saya tak ada reverse gear!” - REDZA KHUSYAIRI.

Orang dulu-dulu cakap, jangan benci seseorang amat sangat! Nanti terjatuh sayang. Jangan pula sayang seseorang amat sangat! Nanti terjatuh benci. Tapi... relevan lagi ke slogan kata orang dulu-dulu pada zaman dawai besi ni?

Title:Benci Amat, Sayang Sangat!
Edition Language:Malay
ISBN:9789670567365
Format Type:

    Benci Amat, Sayang Sangat! Reviews

  • Ririn Aziz

    The first few chapters were quite engaging, but then it became lemau bila diulang2 benda yang sama. And I get sooooo annoyed with Amna. So immature, like everything must revolve around her.Redza is ok...

  • Gobokairina

    “Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita merasa hidup.”Suka ini, dan rasanya aku suka dengan hampir kesemua quotes yang ada dalam novel ini. Y...

  • mRs bOo ^_^

    4.85☆☆☆☆ MB bg...sukasuka sukasuka suka sangatoh my dorg ni terlalu comel couple yg sgt comel... olahan watak jalan cerita sgt2 membuat MB teruja ok dr mula redza nk memikat amna samp la dorg ...

  •  Kak Zie

    Best jugak layan kisah ni. Dalam dok gelak-gelak baca, dalam dok geram-geram kat perangai si Amna tu, terselit jugak rasa sedih kat nasib si Redza apabila Amna buat dia macam tu. Aku lebih kesiankan s...

  • nilam

    4.5 * first time baca novel dari penulis ni..walaupun sy tau ada novel lain yg terbit sebelum ni.. cerita ni bestt..satu novel yg mmg x boleh berhenti nk senyum dgn redza n amna..permulaan cerita pun ...

  • Yuni

    sweet? yesplot? different from others. rasanya belum pernah dibuat orang pinang anak dara di office. hero? annoying but in good way. tak tahulah macam mana category tu boleh wujud.heroin? hopefully in...

  • Inn Auni

    SPOILER ALERTAlkisah bermula di tepi pantai ketika Amna menemani dua anak saudaranya. Menjadi pula penonton filem siaran langsung sepasang tunang yang sedang dalam proses 'bercerai'. Cincin di jari ga...

  • Ella

    Suka novel ni. Contoh husband dan isteri yang baik until down syndrome part...cepat mereka mengatasi masalah.....

  • Afifah.

    I love it!I love it!and i love you cik penulis! Keep it up!...

  • WaNie Jud

    tau x sy baca buku ni bole tahan bosan jgk mula2 tp bila start dia dh kawen...omg!!! sgt awsome mmg terbaik...so sweet,cute , redza layannn jer kerenah n perangai amna tu..masa preggy lgggggg la soooo...