Encik Sayang Dan Miss Sweetheart

Encik Sayang Dan Miss Sweetheart

Kata orang, kerana mulut badan binasa. Rasanya peribahasa itu memang sangat kena untuk aku, sebiji menempek di atas dahi!

“Macam inilah, encik… encik sayang. Sebelum I naik hantu kat sini…”
Kerana mulut, aku dicap sebagai miss sweetheart oleh encik sayang yang semestinya aku tak sayang langsung. Semuanya gara-gara cik gincu merah yang sangat gedik menggeletis macam ulat bulu!

“Kalau macam tu, emak ajelah cari calon untuk kakak. Senang cerita.”
Kerana mulut aku sendiri, emak dan ayah tiba-tiba membawa calon suami untuk aku. Atau lebih spesifik, dia orang bawa encik sayang! Dalam aku baru sahaja mahu reda dan menerima nasib jadi heroin novel kahwin paksa, kenapa pula mamat sengal itu yang jadi heronya? Sudah tidak wujudkah makhluk berkromosom XY yang lain? Kenapa mesti dia?!

“Ya, ya… Saya janji. Kalau… Kalau awak selamat, kalau kita dapat keluar dari sini, saya akan kahwin dengan awak. Just… Just be safe, please…”

Kerana mulut, ‘operasi memutuskan pertunangan’ aku tiba-tiba sahaja berubah menjadi ‘operasi persiapan perkahwinan’. Sedar-sedar sahaja, aku sudah pun duduk di atas pelamin yang pengantin lelakinya ialah tidak lain dan tidak bukan… encik sayang!

Oh, jangan fikir cerita ini berhenti takat itu saja. Kerana dalam kisah pelik ini, terselit juga si dia yang digelar ‘the most dashing, hottest eligible bachelor on earth’. Ya, aku tahu.
Gelaran ni memang sangatlah melebih-lebih. Tapi hakikatnya, dia memang berkali-kali ganda kacak, bergaya dan kaya berbanding encik sayang. Dan yang paling seronok… encik dashing ini ialah bekas kekasih aku! Cinta pertama zaman muda remaja dulu yang rupa-rupanya masih cintakan aku setengah mati. Aduh… Haru, haru.

Itu belum lagi termasuk kes cik gincu merah yang tiba-tiba mengumumkan diri sebagai musuh ketat aku.

Lalu perjalanan hidup aku yang selama ini landai, normal dan bebas daripada anasir-anasir konflik tiba-tiba sahaja berubah menjadi roller-coaster!

Title:Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
Edition Language:Malay
ISBN:9789670246734
Format Type:

    Encik Sayang Dan Miss Sweetheart Reviews

  • Don ?

    Bolehlah~~ Kinda getting used to Sara's thriller romantic writing. Tak sangka amik dua tahun nak habis baca. Nampak tak, berapa susah daaa......

  • Kamaliah

    Oooo my... Finally I managed to finish my reading.... :)I started this book long time ago. First few chapters was great.. It was fast n catchy and I enjoyed it but as it progress, it becomes draggy......

  • Fatini Zulkifli

    Ada masalah dengan bahasa penulis. Ingatkan ditulis oleh remaja perempuan, mungkin baru nak masuk 20-an. Tapi rupa-rupanya, (dari biografi penulis di belakang novel) penulis pelajar sarjana. Lulusan p...

  • Nonie?serenity2bliss

    Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :) Cerita yang santai dan agak conflict-free. Cuma ada a few parts yang N rasa macam nyibuk and melalu...

  • Intan  Musa

    Best! Ada humor dan fast-paced. Syamil Imran sebagai 'Encik Sayang' dan Orked Imani sebagai 'Miss Sweetheart'. Satu perlanggaran di traffic light telah mempertemukan mereka berdua. Kerana mulutnya yan...

  • Yuni

    Permulaan yang lawak. Tak perlu dipaksa, yuni dah gelak sendiri. Cara penyampai hampir sama macam Zuraidah Othman. Tp part lawak lah. Part sedih, serius tu normal lah macam novel melayu yang lain.Beli...

  • Jessica

    2015 - Novel #9TAMAT! Ohman cerita ni sangat kelakar & menghiburkan. Ku ketawa sorang-sorang bagai orang gila bila baca kisah Orked & Syamil. Sengal diaorg berdua ni. Orked yg ego taknak ngaku sayang ...

  • Watie Shaari

    Done!Fuh memang mood membaca masih kelaut ni..slow sangat membaca..kalau dulu 2 3 hari boleh dah habiskan sebuah novel. Tapi sekarang dalam seminggu baru habis.Ini merupakan novel ke 6 yang aku baca k...

  • Izzati Aisyah

    Berbeza dengan 2 buah novel yang telah ditulis oleh cik SA, kali nie novel ke-3 beliau, ESMS digarap dengan penuh santai. Kalau tengah stress tu bolehlah layan si Syamil(En sayang) yang sengal yang si...

  • Faradina Azlin Azahar

    #countless from PBAKL collections. Ngeeee...Ngeeee.. dah khatam. Kesimpulan nak cakap ia mmg sangat sangat sangat sangat best!!! I want to be Orked myself... how lucky to have husband wif shining armo...