Kalau Sudah Berkenan

Kalau Sudah Berkenan

Pulangnya Zafry Tan Sri Hamzah ke Malaysia kerana satu alasan, dia layak mendapatkan semua harta sebagai bayaran sebuah kasih sayang yang tak pernah dia dapat dari ayahnya.

Pun begitu, ianya tidak semudah yang dibayangkan. Syarat untuk mendapat harta tersebut mesti diambil bersama pakej seorang isteri. Calon isteri pula bukan siapa-siapa, hanya anak seorang pemandu. Dia rasa tercabar tapi diikutkan juga kehendak ayahnya. Sudahnya, Adra Afeefa yang tak bersalah menjadi mangsa satu percaturan.

“Adra kena tidur bilik yang sama dengan abang ke, atau Adra kena guna bilik lain?” - Adra

“Kau jangan nak mengada boleh? Kalau kau tidur bilik lain pun, tak adanya kau jadi anak dara balik.” - Zafry.

Tapi Zafry tak tahu, Adra tu bukan jenis yang mudah mengalah. Apa yang Zafry tak suka, itulah yang dia buat.

“Abang nak join Adra tak?” Kepala dijengul disebalik pintu bilik air. Niat hati mahu mengusik si suami. Tapi kalau Zafry bersetuju, mati lah dia!

“Tak hingin aku…” Zafry menjeling tajam. Ingat dengan buat wajah macam kangaroo comel tersepit celah pintu dia nak tergoda ke? Boleh blah la!

“Jangan lupa ambil air sembahyang tau. Kita kumpul pahala sama-sama.” Adra kenyit mata sebelum pintu bilik air ditutup rapat.

“Arghhhhh..” Mukanya ditekap pada bantal dan kuat dia menjerit. Sakit hati melihat gelagat Adra. Malam ini apa jadi sekalipun dia mahu meneruskan agenda berpeleseran dengan Nafiz. Tidak boleh tidak!

Lama-lama, Zafry tergoda juga. Namun, konflik bermula apabila Adra disahkan hamil sedangkan anak adalah perkara terakhir yang Zafry mahukan dalam hidup. Kenapa Zafry mahukan begitu dan apa akan jadi pada perkahwinan mereka selepas itu? Semuanya akan terjawab di dalam naskah ini.

Title:Kalau Sudah Berkenan
Edition Language:Malay
ISBN:9789670718002
Format Type:

    Kalau Sudah Berkenan Reviews

  • Jumay

    Kerana satu perjanjian adra afeefa dan umar zafry telah disatukan dalam satu dalam satu lafaz ijab dan kabul…adra seorang gadis berumur 19 thn, gadis yang lurus dan naïf menerima dengan buruk baik ...

  • Azizah

    2.5 starKalau Sudah Berkenan - KakChik tidak ditemui signifikan tajuk buku ini dengan kisah Umar Zafry-Adra Afeefa (nama Umar Zafry tu macam nice,kan?)Umar Zafry yang membesar jauh dari ayah sendiri, ...

  • nilam

    cerita ni pun sangat comel..suka akan watak Adra..Zafry yang terpaksa berkahwin dengan Adra kerana harta ayahnya. Dia sedaya upaya menunjukkan riak tidak suka kat isterinya, tapi Adra memang bijak men...

  •  Kak Zie

    Semalaman tak tidur baca kisah ni.. Kelakar ada.. Sedihpun ada jugak sampai tak sedar berjejer airmata mengalir.. Kisah biasa tapi bila kena dengan gaya penceritaan dan gaya bahasa, ianya menaikkan se...

  • ???  zz?z

    Superbb !!Cerita yg kelakar tapi bila sampai kat tengah2 cite ni jadi sedih sikit.Apa2pun novel ni dah berjaya memikat hati aku dengan sikap Zafry yang stonecold itu dan juga dengan sikap Adra yang na...

  • Izzati Aisyah

    Kak Nor Aisyah Ismail Mj cakap: kena beli tau novel ini.Saya nak cakap : saya tak rugi langsung beli novel ini. Tahniah kak Cempaka Rembulan atas kelahiran novel pertama yg sudah membuatkan saya jatuh...

  • Shamien A. Basit

    a very unique presentation of a storyline, a cliche with a different kind of twist, and also some extra flavours in it. fun, enjoyable, simple read....

  • Nonie?serenity2bliss

    Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :) I like, walaupun pada mulanya N rasa ia agak hambar. Tapi makin lama, N makin suka dengan Zafry...

  • Faradina Azlin Azahar

    i lurve adra so much... sangat positif dan senantiasa nampak dan tunjuk bahagia... suke bila Zafry dah x beku macam kutub utara, suke bila adra jadi gedik2 ngan suami sendiri... sedih sgt bile Adra do...

  • W. N. Izzaty

    [BOOK 19]Done reading Kalau Sudah Berkenan by Cempaka Rembulan. Best! Suka sangat! Cerita ni pasal arranged marriage antara Adra dan Zafry. Sebabnya, Zafry ni sejenis yang agak 'tersasar dari landasan...