Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Sinopsis:

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?

Title:Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Edition Language:Malay
ISBN:9789685067983
Format Type:

    Maaf Jika Aku Tak Sempurna Reviews

  • Gobokairina

    Menyatukan dua dunia yang berbeza bukanlah mudah. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Apalagi bila ia melibatkan dua hati yang tidak mungkin akan bertemu titik pertemuannya. Bagi Melina kehadiran...

  • Juliza

    (1.9 bintang)Bukanlah hamba suka menentang satu dunia (hahaha) tetapi maaf, sukar sekali untuk hamba menyukai buku ini. Mungkin hamba salah memilih buku pertama yang hamba ingin cuba dari penulis ini....

  • Joy (Cheery?Reads)

    Unfortunately, I was bored to tears. I'm disappointed that I couldn't love this as much as I did with Aku Bukan Mistress. Sorry Acik....

  • Hajar

    Ini lagi satu karya yang saya rasa ramai yang suka sebab ia bertemakan kahwin paksa err, kahwin sebab wasiat untuk istilah lebih tepatnya dan juga sebab banyak adegan yang 'manis bergula' di dalamnya....

  • azian2575

    Melina & LuqmanJika dulu..Melina: "No! Ini tak betul. Mel takkan kahwin dengan lelaki ni. Tolonglah, ni semua kerja gila!"Luqman: "Ayah, please. Luqman tak nak macam ni. Luqman hanya akan mengahwini p...

  • Zuraimah Ismail

    I'm touched!!!!! Feeling up to max. Nangis, sedey, happy, suka, senyum sorang2, gelak sorang2 bagai nak rak....thats what happen to me bila baca buku ni. Luckily I went back to mom's house, so I able ...

  • Intan  Musa

    Melina suka ke kelab malam. Dia bebas bergaul dan suka minum arak. Namun dia tidak pernah mempertaruhkan kesucian dirinya. Ibu-bapanya sudah tidak terdaya untuk merubah dirinya. Lalu, bapanya meminta ...

  • Nonie?serenity2bliss

    Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :) N tak pernah baca karya Acik Lana sebelum ni. This is the first one. First time baca buku Acik L...

  • Wan  Farahana

    Sebelum kisah ni di siarkan di TV, adalah baiknya saya menghabiskan bacaan saya terlebih dahulu. Supaya nanti tak rosak imiginasi saya. Walaupun sekarang dah muncul sipi-sipi Lukman tu Fahrin Ahmad. H...

  • MamaErra

    Melina & LuqmanAda ke lagi lelaki macam Luqman dewasa ini? Yang menyayangi, mencintai, setia dan begitu menjaga hati serta memanjakan isteri...payah rasanya, mungkin satu dalam seribu?...