Isteri Separuh Masa

Isteri Separuh Masa

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.

Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?

Title:Isteri Separuh Masa
Edition Language:Malay
ISBN:9789675067969
Format Type:

    Isteri Separuh Masa Reviews

  • Nonie?serenity2bliss

    Announcement before review: N nak jual buku ni for RM8. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :) Satu lagi buku easy-breezy by Suri Ryana yang menghiburkan. Rasanya kalau sesiapa yang nak hilan...

  • Hajar

    Novel kedua Suri Ryana ni membawa kita menyelami kehidupan seorang Medina Izwani (Wani) yang dibesarkan oleh keluarga angkat. Hubungan dengan keluarga angkatnya memang baik sehinggalah Wani dah ter'ka...

  • Sha Mslvoe

    This romantic comedy tackles the subject of arranged marriages with a light-hearted wisdom. Medina merupakan anak angkat kepada Datuk Abdullah dan Datin Aliyah. Hubungannya dengan Nazrin tidak baik...

  • Opie

    frust gile ngan buku nih....story line die biase2 je....cam cite MAID gak :((...

  • kuzzeen

    p/s : Selamat dihadiahkan untuk kegunaan Perbadanan Perpustakaan Awam pada 6.10.2013..... :)...

  • azian2575

    Medina Izwani & Nazrin ShahMedina: Hubungannya dengan Nazrin hanyalah sebagai keluarga angkat.. Permulaan yang baik telah dikeruhkan dengan pernyataan Medina terhadap kekasih hati abang angkatnya, Zit...

  • Raden

    Good story line though it appears quite cliche. But it's so much better written than the last malay languange fat book that I read. Bravo to the author. I smiled a lot reading first half of the book. ...

  • Izz

    Okay.Santai. Tak berat langsung....

  • Intan  Musa

    Best! Medina izwani (wani) adalah anak angkat kepada Datuk Abdullah dan Datin Aliyah. Kerana terlalu sayangkan Wani, nenek telah menjodohkan dia dengan Nazrin Shah (Nazrin). Tapi hubungan Wani dengan ...

  • Yuni

    Not sure about others, tapi boleh yek suami mengajar isteri sendiri? Bukan ke itu akan menimbulkan isu integrity? Not sure lah pensyarah lain treatment macam mana, tapi my lecturer masa uni dulu, awal...