Sebenarnya, Saya Isteri Dia !

Sebenarnya, Saya Isteri Dia !

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Title:Sebenarnya, Saya Isteri Dia !
Edition Language:Malay
ISBN:9789670246178
Format Type:

    Sebenarnya, Saya Isteri Dia ! Reviews

  • :: Mizana Suhaimi ::

    Done. Tamat sudah. Setelah lama dok merantau cari novel ni, jumpa juga akhirnya di Pacific Alor Setar . Stok fresh baru sampai, penuh dekat rak . Oleh sebab dah keluar drama yg diadaptasi novel ni, so...

  • Dayah-sama

    Aku baca buku ni pun sbb drama kat tv3. Mula2 aku rasa tertarik nak baca. Maklumlah, nak tau apa jadi dekat drama. Setelah aku habis baca buku 800++ mukasurat, aku agak kecewa. Cerita ni terlalu fokus...

  • Intan  Musa

    Firash Arshad (Acad) dan Syafa Aqira (Syaf) terpaksa berkahwin walaupun Chad baru berumur dua puluh satu tahun dan Syaf adalah bekas kekasih abangnya Chad. Chad tidak mahu pernikahan mereka diketahui ...

  • Rinsya

    Syafa-FirashSSID mula jalan cerita sngt menarik n detail gila. cerita satu persatu apa yg terjadi. tapi betullah, syafa tu terlalu baik . adoii. x la pelik sngt sbb ada je org yg baik dlm dunia ni, ta...

  • Gobokairina

    2.5*Aku 'terjumpa' buku ni. Rupanya ada lagi stok pending masa duk mengemas gobok putihku. Terfikir entah-entah ada lagi buku yang terselit di gobok opis pula ni. Haihh... orang dah nak sibuk bercuti,...

  • Nonie?serenity2bliss

    Announcement before review: N nak jual buku ni for RM8. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :) Cerita ni takder lar best seperti yang N sangka. (N tak tengok the drama series. Jalan ceritanya ag...

  • Yuni

    1. Tak ingat bila beli novel ini. Tahu2 ada je kat rak buku belum baca. So ambil je lah.2. Ini antara novel awal2 penulis ke? Sebab tengok tahun pun 2011 punya cerita. Kalau iye, boleh faham lah kenap...

  • Don ?

    Tengok drama lebih seronok lepas baca novel ini. Jujurnya, membaca buku ini, graf keterujaan plotnya seperti menuruni bukit. Hampir ke penghujung cerita, plot jadi terlalu cliche seperti penulis nak m...

  • Lulu Rahman

    Bila kali terakhir saya membaca novel melayu? Mungkin 20 tahun yang lalu atau mungkin tak pernah kerana waktu itu saya hanya membaca buku teks sekolah. Jadi, ini boleh dikatakan novel melayu saya yang...

  • creme brulee

    Aku suka character Firash Arshad ~ comel. Seronok kot tgk dia buli Syaf ~ *GIGGLING* Actually aku terdetik utk beli buku ni disebabkan SSID ni dah kena tayang dekat TV3. Handsome kot Izzue Islam tu ak...