Cinta Kontrak

Cinta Kontrak

by

, karya-seni-penulisan2u, suffocate-sucks, malay-novels-malaysia, regret-to-buy, malay, Novels

"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

Title:Cinta Kontrak
Edition Language:Malay
ISBN:9789670246031
Format Type:

    Cinta Kontrak Reviews

  • Emiko Salim

    Ayat-ayat & situasi banyak yang kelakar & buat orang tersengih sorang-sorang.Tapi sayangnya, bagi saya inilah contoh cerita yang takde mesej.Nampak macam penulisnya agak celaru dengan apa yang dia cub...

  • Aliesha Kirana

    bagi golongan remaja, mgkin buku ni on TOP of their fav novels, tp bagi aku yg dah remaja purba ni, kurang masuk dgn jiwa aku.apapun, teruskan usaha lagi adik Ain! no offense eh! ^__^...

  • Azizah

    Penulis: Nurul Ain SyuhadaPenerbit: Karya Seni EnterpriseISBN978-967-0246-03-1Harga: RM20.00 / RM23.00M/S: 586Cetakan 2 – Julai 2011“Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, bila cin...

  • Ras

    Secara jujur, saya stress baca novel ini. Perwatakan heroin bukan kriteria yang saya suka. Apapun, harap penulis akan hasilkan novel yang lebih baik daripada novel ini pada masa akan datang....

  • MamaErra

    Danial & AiryshJalan cerita ok cuma susunan ayat & tatabahasa agak kurang teratur (aku rasa di sini editor juga patut memainkan peranannya). Aku kalau boleh, lebih suka novel Melayu, menggunakan bahas...

  • Bella Ecyad

    the best ever I had!!sy tabik spring r kt Airysha sbb dpt ubah Danial..Sy bleyh bayang betapa handsomenyer Danial..Kalaulah sy dpt hubby mcm Danial kan best..hehehheheh..I wish my dreams become true.....

  • Miss Rose

    childish yang amat novel ini. and heroin bertudung labuh tetapi attitude tidak mencerminkan langsung tapi perwatakan ... kepada mereka yang nak release tension boleh la baca novel ni...

  • Joy (Cheery?Reads)

    Kelakar sangat tetapi heroin terlalu kasar at certain times. Kesian dengan Danial saja.Cerita Cinta Kontrak ini boleh kebudak-budakan sikit but tahapnya masih boleh diterima oleh Joy walaupun Mak Som ...

  • Safiya Mieza

    Berjaya juga habiskn novel ni.Pendapat saya ialah novel ni biasa2 saja. Tak suka watak heroine yang pakai tudung labuh tapi bercakap kasar giler ngan suami dia.Macam tak tahu dosa pahala. Watak hero d...

  • Fiza

    Sy x suka ngan ayat dlm novel ni. Betulla ramai yg kata kebudak²an. Jln crita mcm kalut.... sy mmg x selesa dgn ayat dlm ni......